DuniaHiburan

Berdepan muflis, Will Smith jual aset hartanah demi bayar hutang

Kehidupan kewangan Will Smith dilapor semakin meruncing apabila bintang Hollywood itu terpaksa menjual beberapa hartanah mewah demi melunaskan beban kewangan yang semakin menekan.

Terbaharu, Smith menjual rumah agam lima bilik di Maryland pada harga AS$795,000 dan turut menyiarkan kediaman lain di Woodland Hills dengan harga AS$2 juta.

Sumber memaklumkan, Smith kini bergelut menguruskan gaya hidup mewah termasuk kos penyelenggaraan pelbagai hartanah miliknya.

Situasi itu diburukkan lagi apabila beliau dan isterinya, Jada Pinkett Smith, tinggal berasingan namun Smith masih menanggung perbelanjaan kedua-dua kediaman mereka.

Krisis kewangan ini turut dikaitkan dengan kemerosotan karier Smith selepas insiden menampar Chris Rock secara langsung di pentas Anugerah Oscars 2022 dan kehadirannya digantung untuk tempoh 10 tahun.

Walaupun filem terbarunya Bad Boys: Ride or Die berjaya mengutip lebih AS$400 juta seluruh dunia, ia dikatakan tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan mewah mereka.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker