PM Singapura Lawrence Wong bakal terima kenaikan gaji S$1.4 juta

Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong bakal menerima gaji tahunan S$3.6 juta (lebih RM11 juta), meningkat lebih 60 peratus daripada S$2.2 juta sebelum ini.
Timbalan Perdana Menteri akan menerima S$3.06 juta setahun, manakala gaji menteri ditetapkan antara S$1.8 juta hingga S$2.88 juta mengikut jawatan dan tanggungjawab.
Bagaimanapun, pemimpin sedia ada tidak akan menerima jumlah baharu itu sepenuhnya. Mulai 15 Oktober, mereka hanya mendapat pelarasan sekali sehingga 9 peratus berdasarkan prestasi dan faktor lain.
Wong berkata, tambahan gajinya akan disumbangkan kepada kebajikan masyarakat. Kerajaan Singapura pula berkata gaji tinggi penting untuk menarik pemimpin berkemampuan, namun kenaikan itu turut menerima pelbagai reaksi ketika kos sara hidup meningkat.




