Dunia

Iceland berang, peta dimuat naik Trump cetus bantahan

Iceland membantah tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang memuat naik peta pada Isnin, 7 September, yang menunjukkan Iceland dan beberapa negara lain seolah-olah berada di bawah bendera Amerika Syarikat.

Menteri Luar Iceland, Þorgerður Katrín Gunnarsdóttir, memanggil Duta Besar AS ke Iceland, Billy Long, bagi menyampaikan bantahan rasmi.

Gunnarsdóttir menyifatkan tindakan itu sebagai tidak wajar, manakala peta berkenaan tidak disertakan sebarang penjelasan daripada Trump.

Ketegangan itu berlaku ketika Trump sebelum ini turut menyuarakan minat untuk mendapatkan Greenland, wilayah autonomi di bawah Denmark.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker