‘Cockroach’ raih Kemenangan, berjaya paksa kerajaan India berubah

Gerakan protes belia di India yang dikenali sebagai Cockroach Janta Party (CJP) meraikan apa yang disifatkan sebagai “kemenangan demokrasi” selepas kerajaan bersetuju memenuhi beberapa tuntutan mereka susulan isu kebocoran peperiksaan kebangsaan.
Antara perkembangan utama ialah peletakan jawatan Menteri Pendidikan, janji reformasi sistem peperiksaan, pengguguran pertuduhan terhadap penunjuk perasaan serta pampasan kepada keluarga mangsa yang terjejas.
Nama “Cockroach” atau lipas digunakan sebagai simbol perjuangan selepas golongan belia didakwa dilabel dengan gelaran tersebut.
Walaupun meraikan kejayaan itu, pemimpin gerakan menegaskan perjuangan belum berakhir dan mereka akan terus mendesak pembaharuan yang lebih menyeluruh dalam sistem pendidikan India.




