Dunia

Kebakaran hutan di Kanada, final piala dunia 2026 mungkin ditunda

Perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026 antara Sepanyol dan Argentina di New York pada 19 Julai berkemungkinan ditunda susulan pencemaran udara akibat kebakaran hutan di Kanada.

Menurut laporan, FIFA akan menilai perubahan jadual sekiranya kualiti udara mencapai tahap berbahaya. Bagaimanapun, kemungkinan penangguhan itu masih dianggap rendah.

Setakat ini, CIFFC melaporkan 876 kebakaran hutan masih aktif di Kanada, termasuk 202 yang tidak terkawal, dengan lebih 3,500 kebakaran direkodkan sejak awal tahun.

Terdahulu, perlawanan MLS antara Chicago Fire dan Vancouver Whitecaps ditangguhkan ke 6 Oktober, manakala Chicago dan Washington turut terjejas akibat jerebu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker