Malaysia
: Siren kecemasan rosak, kepala air di Sungai Sedim ragut tiga nyawa

Tiga individu termasuk dua kanak-kanak maut selepas dihanyutkan kepala air ketika berkelah di Taman Eko Rimba Sungai Sedim, Kulim, Kedah pada 17 Julai.
Mangsa yang terkorban ialah Nur Atikah Abdullah, 28, Muhammad Uzair Ahmadi Hussain, 12, dan Muhammad Aariz Danial Md Radzi, 3.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Syamsul Sinring, mengesahkan kejadian berpunca daripada fenomena kepala air dan siren amaran di lokasi dilaporkan mengalami kerosakan ketika insiden berlaku.
Polis meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian, termasuk keadaan sebenar sistem amaran di kawasan rekreasi berkenaan.




