Malaysia

Jerebu makin teruk, 107 sekolah di Serian ditutup susulan

Sebanyak 107 sekolah di Bahagian Serian, Sarawak ditutup sementara selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melepasi paras 200, yang dikategorikan sebagai sangat tidak sihat pada Rabu, 12 Ogos.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata penutupan itu dibuat sebagai langkah berjaga-jaga bagi melindungi kesihatan dan keselamatan murid serta warga sekolah.

Sepanjang tempoh penutupan, proses pengajaran dan pembelajaran diteruskan menerusi pembelajaran dari rumah (PdPR).

Berdasarkan bacaan pada jam 4 petang, Tebedu mencatat IPU 212, manakala Serian merekodkan 202. Sebanyak 11 kawasan lain termasuk Kuching, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Bintulu, Samalaju, Miri, Lundu, Lubok Antu dan Lawas turut merekodkan kualiti udara tidak sihat.

Menurut Uggah, kualiti udara di Sarawak menunjukkan trend semakin buruk sejak 1 Ogos, dengan keadaan jerebu dijangka berterusan jika pembakaran biomassa di luar Sarawak meningkat.

Data Pusat Meteorologi Khas ASEAN turut mengesan 75 titik panas di Sarawak antara 1 hingga 11 Ogos, berbanding 3,853 titik panas di Kalimantan, Indonesia.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker