Dunia
Hasil risikan CIA, Trump dakwa Mojtaba Khamenei ‘Gay’

Presiden AS, Donald Trump, mendakwa Agensi Perisikan Pusat (CIA) memberitahu beliau bahawa Pemimpin Tertinggi baharu Iran, Mojtaba Khamenei, adalah gay.
Trump tidak menyatakan bukti yang dikemukakan CIA, manakala homoseksualiti adalah haram di Iran dan dihukum di bawah undang-undang Syariah negara itu.
Laporan New York Post mendakwa ayah Mojtaba, Ayatollah Ali Khamenei, pernah ragu mengenai kemampuan anaknya kerana persoalan seksualiti.
Ini termasuk dakwaan hubungan jangka panjang Mojtaba dengan guru kanak-kanaknya, walaupun beliau mempunyai isteri dan sekurang-kurangnya tiga anak.




