Dunia
Trump jadi Presiden AS pertama dengan tandatangan dicetak atas wang kertas

Donald Trump bakal mencipta sejarah sebagai Presiden Amerika Syarikat pertama yang tandatangannya dicetak pada wang kertas, menurut pengumuman United States Department of the Treasury.
Tandatangan beliau akan dipaparkan bersama Setiausaha Perbendaharaan, Scott Bessent sempena ulang tahun ke-250 Amerika pada 2026.
Wang kertas AS$100 dijangka mula dicetak seawal Jun, diikuti denominasi lain.
Langkah ini juga menamatkan amalan sejak 1861 yang hanya memaparkan tandatangan pegawai Perbendaharaan, sebelum ini termasuk Janet Yellen dan Lynn Malerba.



