Malaysia
Kenderaan berpendaftaran asing dilarang isi RON95 bermula April

Kerajaan akan menguatkuasakan larangan kenderaan berpendaftaran asing mengisi petrol RON95 sepenuhnya bermula 1 April ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali berkata, langkah itu memperluas undang-undang sedia ada dengan turut mengenakan kesalahan kepada pemandu atau pemilik kenderaan asing, bukan lagi hanya pengusaha stesen minyak.
Penguatkuasaan ini diperkasa menerusi Ops Tiris 4.0 bagi membanteras penyeludupan dan penyelewengan subsidi bahan api, terutama di kawasan sempadan susulan konflik Asia Barat.
Dalam perkembangan sama, kerajaan memberi jaminan bekalan barangan asas kekal mencukupi walaupun berdepan peningkatan kos logistik dan pembungkusan.




