Malaysia
Soffi Jikan dipindahkan ke Hospital Serdang, keadaan makin serius

Pelakon Soffi Jikan atau nama sebenarnya Mohammad Shoffi Jikan, 54, dilaporkan dipindahkan ke Hospital Sultan Idris Shah Serdang bagi mendapatkan rawatan susulan selepas mengalami jangkitan kuman pada bahagian jantung.
Perkembangan ini dikongsikan oleh rakannya sendiri Hasyim menerusi TikTok sejak sebelum ini lagi yang mana Soffi menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh sejak Julai lalu akibat jangkitan kuman pada hati.
Beliau juga pernah dirawat di hospital sama selepas dijangkiti kencing tikus dan demam denggi.
Keadaan kesihatan aktor terkenal dengan trademark ‘sengat’ itu kini dilaporkan semakin serius dan mendapat perhatian ramai rakan serta peminat yang mendoakan kesembuhannya.




