Malaysia

Bekalan bahan api AirAsia X cukup sampai Jun, tambang naik hingga 40%

AirAsia X berdepan tekanan besar susulan ketidaktentuan bekalan bahan api jet akibat konflik di Timur Tengah, yang turut memberi kesan kepada rantaian bekalan minyak global.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Bo Lingam memaklumkan bekalan bahan api semasa dijangka mencukupi sehingga Jun, manakala usaha sedang dipergiat bersama Petronas bagi mendapatkan bekalan tambahan, dengan situasi bagi Julai masih belum pasti.

Dalam usaha menampung peningkatan kos, syarikat menaikkan tambang sehingga 40 peratus serta mengenakan surcaj bahan api sekitar 20 peratus, selain mengurangkan kira-kira 10 peratus penerbangan melibatkan laluan kurang menguntungkan.

Pada masa sama, operasi dioptimumkan termasuk penyelenggaraan awal pesawat tanpa melibatkan pengurangan tenaga kerja.

Pengasas bersama dan penasihat AirAsia, Tony Fernandes, menegaskan kumpulan itu berpengalaman mengharungi krisis serupa sebelum ini termasuk kenaikan harga minyak dan pandemik COVID-19, dan yakin mampu terus bertahan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker