Teknologi
Pengguna Apple iOS 14.0 ke atas sahaja boleh akses MAE bermula 11 April

Maybank menggesa semua pelanggan mengemas kini aplikasi MAE ke versi terkini bagi memastikan akses perbankan tidak terganggu.
Pengguna perlu memuat turun versi baharu sebelum 11 April, kerana aplikasi versi lama tidak lagi disokong selepas tarikh tersebut dan semua fungsi termasuk transaksi serta Secure2u akan terhenti.
Bagi pengguna iOS, hanya peranti dengan iOS 14.0 ke atas dibenarkan mengakses aplikasi MAE.




