Malaysia

Anugerah Media ADI 2026 tampil tiga kategori utama, MPI sebagai penyelaras

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) melancarkan Anugerah Media Akademi Dalam Industri (ADI) 2026 dengan memperkenalkan tiga kategori utama bagi mengiktiraf peranan media dalam menyokong agenda produktiviti dan pembangunan bakat negara.

Timbalan Ketua Pengarah MPC, Dr Mohamad Norjayadi Tamam berkata anugerah yang dianjurkan bersama Malaysian Press Institute (MPI) itu memberi fokus kepada karya berimpak tinggi yang menonjolkan isu produktiviti, inovasi dan pembangunan modal insan.

Tiga kategori dipertandingkan ialah Media Cetak/Portal Berita, Media TV/Radio/Portal (Video Dalam Talian) serta Media Sosial (Video Pendek).

MPI dilantik sebagai sekretariat bagi mengurus penyelarasan, penilaian dan memastikan standard kewartawanan dipatuhi sepanjang penganjuran.

Penyertaan dibuka mulai sekarang hingga 2 Ogos, manakala pemenang akan diumumkan pada 23 September. Anugerah ini turut menyokong inisiatif ADI yang menekankan pembangunan bakat berasaskan industri melalui latihan, pensijilan dan laluan akademik bersepadu.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker