Malaysia

MPI perkenal Diploma Kewartawanan AI, penuhi keperluan industri media era baharu

Malaysian Press Institute (MPI) memperkenalkan Diploma Profesional Kewartawanan AI bagi memenuhi keperluan industri media yang semakin dipacu teknologi, selain memperkukuh etika kewartawanan.

Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Ainol Amriz Ismail berkata program itu dibangunkan bersama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di bawah inisiatif Akademi Dalam Industri (ADI) bagi melahirkan wartawan yang mahir mengadaptasi AI dalam penghasilan berita.

“Kita nak tahu tentang bagaimana kita nak mengawal story palsu kita nak mengawal bagaimana untuk mengenalpasti berita-berita yang kita rasa faktor tak betul. Jadi melalui Artificial Intelligence, kita belajar tentang analisis data contohnya. Kemudian kita belajar tentang apa lagi? Tentang etika.

MPI pada masa sama memperkenalkan Diploma Profesional Kewartawanan Keselamatan Siber bagi meningkatkan keupayaan wartawan memahami ancaman digital dan melindungi data serta sumber media.

“Itu sebab tujuannya kenapa kita nak bagi yang itu. Kita tahu banyak program berkaitan dengan Artificial Intelligence tetapi kita mengambil pendekatan itu untuk kita mendapat kesetiaan dan taulih daripada antarabangsa khususnya daripada London International Board dan juga kerjasama dengan UTM Space.

Kedua-dua program menggabungkan latihan praktikal dan teori, meliputi automasi kandungan, analisis data dan pengurusan risiko siber, dengan pengambilan pertama sekitar 40 peserta dijangka bermula selepas Julai.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker