Malaysia
Bukan setakat Mei, PETRONAS jamin bekalan minyak cukup sampai akhir Jun

PETRONAS mengesahkan bekalan bahan api di seluruh negara mencukupi hingga akhir Jun 2026, melebihi unjuran awal setakat Mei sebelum ini.
Syarikat itu memaklumkan bekalan terus diurus secara aktif susulan krisis tenaga global, dengan kira-kira 50 peratus keperluan negara dibekalkan melalui PETRONAS Dagangan, manakala selebihnya oleh syarikat lain.
Orang ramai turut digalakkan menggunakan bahan api secara berhemah dan mengelakkan pembelian panik bagi memastikan bekalan kekal stabil.



