Malaysia

Operasi iring banduan ikut SOP, Jabatan Penjara tepis dakwaan tular

Jabatan Penjara Malaysia menegaskan tiada sebarang pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) berlaku dalam operasi pengiringan banduan yang tular di media sosial baru-baru ini.

Penjelasan itu dibuat susulan video yang mendakwa konvoi jabatan berkenaan melanggar SOP ketika menjalankan tugas.

Operasi tersebut melibatkan pergerakan konvoi dari Penjara Kajang ke beberapa mahkamah dan hospital sekitar Lembah Klang, menggunakan dua bas dan sebuah van sebagai kenderaan pendahulu. Perjalanan dilaporkan bergerak secara teratur dengan penggunaan siren dan lampu keselamatan, serta mengekalkan jarak konsisten antara kenderaan.

Bagaimanapun, sebuah bas mengalami kerosakan teknikal sejurus selepas perjalanan bermula.

Jabatan itu menegaskan semua tindakan diambil berdasarkan keperluan operasi dan keselamatan semasa, serta mematuhi SOP yang ditetapkan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker