
Tular sebelum ini dakwaan pelakon Nia Atasha dan teman lelakinya, Sky Iskandar tinggal serumah walaupun belum berkahwin.
Menjawab isu itu, Nia Atasha menafikan dakwaan berkenaan dan menjelaskan mereka tidak tinggal bersama.
Video tular di TikTok yang mencetuskan spekulasi itu dirakam ketika Sky berkunjung ke rumahnya untuk menghasilkan kandungan bersama.
Nia atau nama sebenarnya Nia Atasha Rosli turut memaklumkan dia menetap seorang diri, manakala Sky hanya tinggal berdekatan di kawasan sama.
Mengulas kecaman netizen, pelakon berusia 33 tahun itu memilih untuk tidak melayan spekulasi kerana menganggap dakwaan tersebut tidak benar, selain sudah lali dengan komen negatif sejak bergelar model.
Menurutnya, isu berkenaan juga tidak memberi kesan besar terhadap kerjayanya dan dia terus menjalani rutin kerja seperti biasa.




