Malaysia

Rafizi belum terima laporan kes serangan anak

Masih tiada sebarang perkembangan dilaporkan setakat ini berhubung siasatan insiden serangan terhadap anak kepada bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, yang berlaku di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya pada 13 Ogos lalu.

Rafizi memaklumkan bahawa beliau masih belum menerima laporan rasmi daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkaitan hasil siasatan, termasuk keputusan ujian kimia terhadap anaknya.

Beliau berkata, segala maklumat yang diketahui setakat ini hanya diperoleh menerusi laporan media.

Menurutnya, beliau memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan, namun mengakui tempoh menunggu yang panjang tanpa sebarang perkembangan menimbulkan kebimbangan.

Dalam kejadian tersebut, anak Rafizi dilaporkan dicucuk dengan jarum suntikan oleh individu tidak dikenali ketika berada di kawasan parkir pusat beli-belah terbabit.

PDRM sebelum ini mengesahkan sudah mengambil keterangan enam individu termasuk Rafizi dan isterinya serta meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi membantu siasatan di bawah beberapa seksyen Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker