Malaysia

Kes tembak Geng DT: Saravanan gesa siasatan bebas, mahu pegawai bersalah digantung tugas

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan menegaskan keperluan mendesak untuk siasatan bebas berhubung insiden tembakan maut membabitkan tiga lelaki di Durian Tunggal, Melaka pada 24 November lalu.

Beliau berkata, proses penyiasatan mesti dikendalikan oleh sebuah badan bebas bagi mengelakkan konflik kepentingan dan memastikan semua bukti termasuk rakaman audio dinilai tanpa sebarang pengaruh.

Saravanan turut menekankan bahawa mana-mana pegawai yang terlibat secara langsung berkaitan kejadian itu perlu digantung tugas serta-merta bagi menjaga integriti siasatan dan keyakinan awam.

Bagaimanapun beliau menegaskan gesaannya itu bukan untuk menyalahkan keseluruhan pasukan polis, sebaliknya memastikan institusi penguatkuasaan kekal telus dan berintegriti.

Terdahulu, Bukit Aman menubuhkan pasukan khas di bawah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) untuk mengambil alih sepenuhnya siasatan kes tersebut.

Siasatan awal dibuka di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan oleh JSJ Melaka sebelum diserahkan kepada peringkat persekutuan untuk tindakan lanjut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker