Malaysia

Gajah liar cedera, terus dipantau di Jalan Raya Timur Barat

Seekor gajah liar jantan kini menjadi perhatian selepas dikesan bergerak sejauh lebih 140 kilometer di sepanjang Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Gerik, Perak.

Gajah berkenaan dipercayai sedang menuju kembali ke habitat asalnya di Gua Musang, Kelantan, selepas sebelum ini dipindahkan ke kawasan Gerik oleh Jabatan PERHILITAN.

Pemantauan PERHILITAN mendapati gajah dewasa itu mengalami kecederaan pada kaki hadapan sebelah kanan. Bagaimanapun, keadaan fizikalnya masih baik, dengan Sulong dilihat mampu makan dan bergerak seperti biasa, manakala lukanya semakin kering.

Bagi memastikan keselamatannya, PERHILITAN mengambil tindakan mengiringnya kembali ke kawasan hutan serta memantau pergerakannya dua kali sehari, iaitu pada waktu siang dan malam.

Penilaian turut dibuat bersama doktor veterinar bagi menentukan keadaan kecederaan dan tindakan susulan yang diperlukan.

Pengguna JRTB, terutama di sekitar Hentian Rehat dan Rawat Titiwangsa, diminta memperlahankan kenderaan dalam jarak lima kilometer sebelum hentian dari kedua-dua arah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker