Malaysia

Tokong misteri dengan kalimah Allah di Serkam

Sebuah tokong di Jalan Jeti Anjung Batu–Pantai Siring, Serkam yang terdapat tulisan “Allah” dan “Bismillahirrahmanirrahim” akan dirobohkan hari ini.

Pemilik tanah bersetuju perobohan dijalankan sekitar 2.30 petang tadi dengan pemantauan pihak berkuasa.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Rahmad Mariman sahkan bahawa JAIM dan polis akan siasat asal-usul tokong itu, walaupun pemilik tanah tidak terlibat dengan sebarang ajaran sesat.

Bangunan itu dipercayai wujud 2–3 tahun, tetapi hanya dikesan malam tadi oleh pemancing yang kemudian melaporkan kepada pihak berkuasa.

Lokasinya berada di hutan paya bakau berhampiran pantai, bersebelahan tanah berpagar milik individu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker