Malaysia

KLIA2 black out: MAHB perlu ‘redesign’ punca kuasa bekalan elektrik – Anthony Loke

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) digesa mereka bentuk semula sistem bekalan elektrik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) bagi mengelakkan gangguan berulang yang boleh menjejaskan operasi terminal.

Kementerian Pengangkutan memaklumkan laporan penuh insiden telah diterima dan langkah susulan akan dilaksanakan, termasuk penambahbaikan prasarana elektrik sedia ada.

Terdahulu, bekalan elektrik di KLIA2 terganggu hampir setengah jam pada 29 Ogos lalu akibat masalah pendawaian yang terlalu panas sehingga mencetuskan kebakaran kecil pada kabel.

Kejadian itu berlaku sejurus sebelum majlis pelancaran di terminal berkenaan, sekali gus mencetuskan kritikan terhadap tahap penyelenggaraan serta keupayaan sistem kuasa yang dianggap tidak memadai.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker