Malaysia
Status halal mengelirukan, pemilik restoran ‘sizzling’ didenda RM18,000

Pemilik sebuah restoran “sizzling” didenda RM18,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping, hari ini selepas mengaku bersalah menggunakan representasi berkaitan Islam di premisnya.
Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, pemeriksaan di restoran di Jalan Kamunting, Taiping pada 1 Januari lalu mendapati premis itu mempunyai hiasan yang memaparkan kalimah “Allah” dan “Muhammad”.
Pemeriksaan turut mendapati dua botol kicap yang disita mengandungi DNA babi berdasarkan analisis Jabatan Kimia Malaysia.
Tertuduh, Seah Thien Lim, 43, didakwa mengikut Perintah 4(1) Perintah-Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan mengaku bersalah sebelum dikenakan denda RM18,000.




