Malaysia
Jangan guna identiti polis untuk promosi tanpa izin – PDRM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran supaya individu, syarikat dan organisasi tidak menggunakan nama, logo atau gambar anggota polis tanpa kebenaran bagi tujuan promosi atau komersial.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Ismail berkata, identiti PDRM perlu dilindungi dan kehadiran anggota polis dalam sesuatu program tidak bermaksud memberi sokongan atau pengiktirafan kepada mana-mana produk atau perkhidmatan.
Pihak yang menyalahgunakan identiti polis boleh disiasat, termasuk di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.




