
Francais sukan Hyrox memohon maaf selepas membenarkan atlet Australia, Joanna Wietrzyk, meneruskan pertandingan di Beijing, China pada Sabtu lalu walaupun terbuang air besar tanpa sengaja ketika perlumbaan.
Foto dan video dalam talian menunjukkan kaki serta kasut Wietrzyk tercemar najis ketika terus menggunakan tikar dan peralatan pertandingan. Dia tetap menamatkan perlumbaan dan muncul juara bagi kategorinya.
Kejadian itu mencetuskan kecaman di media sosial apabila peserta lain terpaksa menggunakan peralatan yang dipercayai tercemar, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai kebersihan.
Hyrox berkata pihaknya memohon maaf atas kejadian itu.




