Dunia
Iran lancar serangan dron, peluru berpandu ke pangkalan AS

Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mendakwa melancarkan serangan menggunakan dron dan peluru berpandu terhadap pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Iraq pada Rabu.
IRGC mendakwa serangan itu menyasarkan kemudahan serta aset ketenteraan AS di Iraq, dengan beberapa peralatan tentera dilaporkan musnah.
Serangan itu dipercayai sebagai tindak balas terhadap serangan AS ke atas Iran yang kembali mencetuskan ketegangan antara kedua-dua negara.
Sementara itu, laporan Reuters menyebut Iran turut melancarkan serangan terhadap aset AS di beberapa lokasi lain di rantau berkenaan termasuk Jordan dan Bahrain.




