Dunia
Israel tetap ingin perang ketika gencatan senjatan AS-Iran dilaksana

Israel memberi sokongan terhadap gencatan senjata sementara antara Amerika Syarikat dan Iran, namun menegaskan ia bersedia untuk kembali berperang pada bila-bila masa.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata negaranya masih dalam keadaan siap sedia meskipun perjanjian gencatan senjata telah dipersetujui.
Menurut beliau, Israel tidak teragak-agak untuk menyambung semula serangan terhadap Iran sekiranya keadaan memerlukan.
Situasi masih tegang apabila Israel menegaskan perjanjian tersebut tidak melibatkan operasi ketenteraan di Lubnan, khususnya terhadap kumpulan Hezbollah.
Dalam masa sama, rundingan lanjut dijangka berlangsung bagi mencari penyelesaian jangka panjang terhadap konflik yang semakin memuncak di Asia Barat.




