Malaysia

“Kenyataan bersifat cetek” Anwar kritik ulama komen isu harga minyak

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik dakwaan sesetengah pihak, termasuk golongan ulama, yang disifatkan sebagai tidak tepat dan bersifat cetek berhubung isu harga bahan api.

Menurut beliau, kenyataan tersebut tidak mengambil kira realiti sebenar keadaan ekonomi global, khususnya kenaikan harga minyak dunia yang memberi tekanan kepada banyak negara, termasuk Malaysia.

Anwar menegaskan bahawa kerajaan sedang menanggung beban subsidi yang tinggi bagi memastikan harga minyak kekal rendah dan tidak membebankan rakyat.

Ketika ini, kerajaan membelanjakan kira-kira RM4 bilion sebulan untuk menyerap kenaikan harga bahan api.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker