Malaysia

Lelaki hilang, kereta ditemui dalam sungai di Muar

Seorang pempengaruh permotoran, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, dilaporkan hilang selepas kereta Perodua Axia yang dipandunya ditemui terjunam ke dalam Sungai Tui, Muar pada petang Selasa, namun mangsa tiada di dalam kenderaan.

Pada mulanya, keluarga menyangka kehilangan Tengku Nizaruddin yang dikenali suka bergurau hanyalah salah satu gurauan.

Namun mula bimbang selepas gagal menghubunginya. Kali terakhir dia dikesan sekitar jam 4 petang selepas memaklumkan mahu ke bengkel kawannya di Parit Jawa.

Kereta mangsa ditemui pada jam 3.22 petang Selasa oleh pihak bomba. Usaha mencari kini giat dijalankan oleh polis yang turut meminta orang ramai atau saksi kejadian tampil membantu siasatan.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker