Malaysia

Lelaki mabuk, khayal rempuh penunggang motosikal melambung atas Myvi

Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Raya Barat, Klang selepas dirempuh kereta dipandu lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah, pagi semalam.

Kejadian kira-kira 11.40 pagi itu menyebabkan mangsa lelaki berusia 30-an melambung sebelum tercampak ke sebuah kenderaan lain dan meninggal dunia di lokasi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Lim Jit Huey berkata, siasatan awal mendapati pemandu Honda City berusia 20-an itu memandu laju, memotong beberapa kenderaan dan memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar motosikal mangsa.

Ujian air kencing mendapati suspek positif alkohol dan dadah. Lelaki itu telah ditahan dan akan direman, dengan kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker