Malaysia
Tiada negeri catat suhu lebih 37 darjah celsius setakat pagi ini

Tiada kawasan di Malaysia merekodkan gelombang haba Tahap 2 setakat 6 pagi ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.
Bagaimanapun, seluruh Perlis dan sembilan daerah di Kedah berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) melibatkan Sik, Padang Terap, Pendang, Pokok Sena, Kubang Pasu, Langkawi, Kota Setar, Kuala Muda dan Baling.
Beberapa kawasan di Kedah mula menerima hujan semalam, sekali gus meredakan cuaca panas, selari dengan fasa peralihan monsun yang lazimnya membawa hujan dan ribut petir.
Tahap 1 merujuk suhu maksimum 35 hingga 37 darjah Celsius, manakala Tahap 2 pula melebihi 37 hingga 40 darjah Celsius, dengan bacaan berterusan sekurang-kurangnya tiga hari.




