Dunia

Tular rakaman pelik, sekumpulan pelajar universiti berdiri seperti patung di AS

Rakaman insiden didakwa buli di sebuah rumah persatuan pelajar lelaki di Amerika Syarikat tular selepas video itu didedahkan polis baru-baru ini.

Kejadian berlaku pada 2024 di rumah Alpha Delta Phi, Universiti Iowa, dan dirakam anggota kecemasan yang tiba selepas menerima panggilan penggera kebakaran.

Sebaliknya, 56 pelajar lelaki yang sedang menjalani proses keahlian ditemui dalam keadaan separuh bogel, ada yang ditutup mata, di ruang bawah tanah yang gelap dan kotor, dengan kesan sos dan alkohol pada badan mereka.

Apa yang mencetuskan perhatian ialah kesemua mereka berdiri kaku dan tidak memberi respons ketika diarahkan polis.

Video berdurasi kira-kira dua minit yang dimuat naik ke YouTube dan platform X kini meraih hampir 20 juta tontonan.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker