Dunia
Israel sekat rakyat Palestin tunai solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa

Seramai 80,000 rakyat Palestin menunaikan solat Jumaat pertama Ramadan di Masjid Al-Aqsa di Timur Baitulmuqaddis yang diduduki Israel, namun hanya 10,000 jemaah dari Tebing Barat dibenarkan hadir susulan sekatan ketat tentera Israel.
Kira-kira 3,000 anggota keselamatan Israel dikerahkan di sekitar pekarangan masjid dan Kota Lama bagi mengawal keadaan serta menguatkuasakan sekatan.
Pihak berkuasa Israel sebelum ini meluluskan kemasukan sehingga 10,000 jemaah dari Tebing Barat sepanjang Ramadan dengan syarat permit harian khas.




