Malaysia
Trump: AS perlu ‘memiliki’ Greenland bagi menghalang Rusia dan China

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata AS perlu “memiliki” Greenland bagi mengelakkan Rusia dan China daripada menguasai wilayah tersebut.
Trump menambah, perkara itu boleh dilakukan “cara mudah” atau “cara sukar”.
Rumah Putih sebelum ini memaklumkan pentadbiran AS sedang mempertimbangkan untuk membeli wilayah separa autonomi itu daripada Denmark.
Bagaimanapun, Denmark dan Greenland menegaskan wilayah itu tidak untuk dijual.
Denmark memberi amaran bahawa sebarang tindakan ketenteraan akan menamatkan pakatan pertahanan rentas Atlantik, termasuk NATO.




