Malaysia

Kapal Flotila Sumud global ‘diugut’ dron, disekat ruang komunikasi

Konvoi kemanusiaan Flotila Sumud Global menuju ke Gaza dilaporkan berdepan pelbagai gangguan berulang di laut termasuk letupan, serangan dron tidak dikenali dan sekatan komunikasi.

Serangan itu dipercayai sebahagian daripada usaha menakutkan peserta serta menghalang misi memecahkan sekatan Israel yang menjerut Gaza.

Pelapor Khas PBB turut memberi amaran bahawa flotila tersebut telah diserang berulang kali dengan bom bunyi, suar letupan dan semburan kimia.

Flotila terdiri lebih 50 kapal dengan penyertaan doktor, wartawan dan aktivis dari seluruh dunia, membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza meskipun berdepan ancaman berterusan.

Serangan Israel di Gaza sejak tahun lalu telah meragut lebih 65,000 nyawa dan menyebabkan wilayah itu musnah serta terjerumus ke ambang kebuluran.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker