Malaysia

Kerajaan Perpaduan tidak tekan pemimpin UMNO – Fahmi

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil menafikan dakwaan bahawa Kerajaan Perpaduan menggunakan tindakan mahkamah dan agensi penguat kuasa untuk mengugut atau menekan pemimpin UMNO.

Fahmi berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pentadbiran kerajaan konsisten untuk tidak campur tangan dalam urusan agensi penguat kuasa, termasuk dalam keputusan memulakan atau menghentikan siasatan.

Menurutnya, siasatan membabitkan Lembaga Tabung Haji dan FELDA dilakukan susulan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang mahu isu berkenaan disiasat secara menyeluruh. Fahmi berkata kerajaan perlu menjunjung titah berkenaan.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri OXYENERGY x Media Prima Merdeka Run di Bangsar, Kuala Lumpur hari ini. Fahmi turut yakin Kerajaan Perpaduan mampu terus menjalankan tugas dengan baik sehingga tamat penggal, walaupun terdapat perbezaan pandangan antara parti komponen.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker