Rohingya boleh ambil lesen? JPJ nafi dakwaan

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan dakwaan bahawa etnik Rohingya dibenarkan atau bakal dibenarkan mengambil lesen memandu di Malaysia.
Dalam kenyataan di Facebook rasmi JPJ hari ini, jabatan itu berkata dakwaan berkenaan dipercayai berpunca daripada hantaran akaun Facebook Along Auto Parts bertajuk “JPJ Cadang Benarkan Rohingya Ambil Lesen Memandu”.
JPJ menjelaskan hantaran itu direka menyerupai berita rasmi sehingga boleh mengelirukan orang ramai.
Susulan penyebaran kandungan berkenaan, JPJ telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk siasatan dan tindakan lanjut.
JPJ turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan. Sebarang maklumat berkaitan lesen memandu disarankan dirujuk melalui saluran rasmi JPJ.




