DuniaMalaysia

Ringgit susut berbanding dolar AS, kukuh berbanding euro dan pound

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Khamis, namun terus mengukuh berbanding euro dan pound.

Pada jam 8 pagi, ringgit berada pada RM4.0835/4.0910 berbanding dolar AS, susut daripada RM4.0780/4.0825 ketika ditutup pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, dolar AS mendapat sokongan daripada data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh serta jangkaan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed).

Ringgit dijangka bergerak dalam julat RM4.08 hingga RM4.10 berbanding dolar AS hari ini. Sementara itu, ringgit mengukuh kepada RM4.6482/4.6568 berbanding euro dan RM5.4061/5.4161 berbanding pound.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker