Makin ramai rakyat sanggup jadi proksi warga asing, 14,000 premis dikompaun

Pihak berkuasa tempatan (PBT) mengeluarkan sebanyak 14,834 kompaun terhadap premis perniagaan atas pelbagai kesalahan termasuk pemindahan lesen dan permit secara haram kepada warga asing.
Selain itu, 2,880 premis telah disita dan 23 lesen perniagaan dibatalkan pada tempoh sama sejak tahun 2023.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menegaskan bahawa warga asing tidak dibenarkan memiliki lesen penjaja atau perniagaan kecil, serta tidak dibenarkan bekerja sebagai pembantu di premis berlesen PBT.
Dasar sedia ada hanya membenarkan warganegara Malaysia memohon lesen perniagaan, manakala warga asing perlu memiliki dokumen kerja sah jika ingin diambil bekerja.
Proksi perniagaan menggunakan rakyat tempatan turut dikenal pasti sebagai taktik licik yang perlu ditangani dengan kerjasama orang awam.




