Malaysia

Isu roboh kuil: Perintah reman Tamim Dahri dan tiga rakan dibatalkan

Polis mengesahkan aktivis kempen membantah kuil didakwa tidak sah, Tamim Dahri Abdul Razak bersama tiga rakannya dibebaskan selepas Mahkamah Tinggi membatalkan perintah reman terhadap mereka.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar memaklumkan keputusan itu dibuat oleh Mahkamah Tinggi, namun kertas siasatan masih dilengkapkan.

Terdahulu, Mahkamah Majistret Selayang mengeluarkan perintah reman dua hari terhadap Tamim Dahri, 59, serta Muhammad Zulfahmi Zulkifli, 39, Muhammad Heiqal Jaafar, 26, dan Muhammad Azali Abdul Razak, 29, berhubung isu perobohan kuil di Taman Rawang Perdana.

Kesemua mereka sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan selepas polis menerima laporan berhubung dakwaan pencerobohan dan perobohan kuil yang dibina tidak mengikut peraturan di kawasan berkenaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker