Malaysia
PM Anwar lancar Huawei AI Lab di TRX, fokus lahirkan bakat AI Malaysia

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Huawei AI Lab dan Innovation Centre yang baharu di The Exchange 106, Tun Razak Exchange (TRX), Kuala Lumpur.
Pelancaran itu turut disertai sambutan ulang tahun ke-25 Huawei di Malaysia, di mana Anwar mengucapkan tahniah serta menghargai keyakinan dan sokongan berterusan syarikat teknologi itu terhadap negara.
Dalam ucapannya, Anwar berkata pusat seluas 13,638 kaki persegi itu bukan sahaja menjadi hab inovasi untuk rantau Asia Pasifik, tetapi juga platform penting bagi kerjasama antara Huawei, pelanggan dan rakan industri.
Huawei turut memperkenalkan Watch FIT 5 Series yang dilaporkan pertama di dunia dalam kajian risiko diabetes, dan dijangka memasuki pasaran Malaysia pada Mei ini.




