Caprice dakwa penyanyi jual video lucah sendiri di Telegram

Seorang penyanyi baharu didakwa menjual bahan video lucahnya sendiri menerusi platform Telegram, menurut pendedahan dibuat Caprice di Instagram.
Caprice memuat naik beberapa tangkap layar yang menunjukkan pautan daripada akaun TikTok dipercayai milik penyanyi berkenaan ke satu saluran Telegram yang mempunyai ribuan pengikut serta mesej berbentuk promosi jualan video.
Dakwanya, pautan itu diletakkan sendiri pada bio akaun berkenaan dan admin saluran tersebut turut menjual kandungan terbabit.
Caprice turut menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan segera dengan menegaskan bahawa promosi dan penjualan video lucah adalah jenayah serius, lebih-lebih lagi individu berkenaan mempunyai ramai pengikut dalam kalangan pelajar sekolah.
Beliau pada masa sama menyeru Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Menteri Komunikasi untuk mengambil tindakan segera.




