Malaysia

Remaja 18 tahun maut dipercayai dibunuh rakan serumah di Lundu

Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dipercayai dibunuh di sebuah rumah sewa di Lundu, pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Lundu, Superintenden Sudirman Kram berkata, pihaknya menerima maklumat daripada pegawai perubatan Hospital Umum Sarawak (HUS) pada jam 7.12 pagi selepas mangsa dihantar ke unit kecemasan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.

Pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan bengkak pada mata dan pipi kiri serta kesan darah kering pada hidung.

Siasatan awal mendapati mangsa sebelum itu menghadiri perjumpaan sosial bersama beberapa rakan sekerja dan dipercayai mengambil minuman keras sebelum berlaku pertengkaran dengan seorang rakan serumah yang bertukar menjadi pergaduhan fizikal.

Mangsa dilaporkan pengsan dan dibawa ke hospital oleh suspek. Polis menahan tiga lelaki berusia antara 29 hingga 33 tahun serta merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda dan beberapa telefon bimbit.

Seorang lagi suspek sedang dikesan, manakala kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker