Malaysia

Kanak-kanak 8 tahun maut terjatuh dari tingkat 8 kondo di Cyberjaya

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan sebuah bangunan di Cyberjaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 6.31 petang sebelum mangsa dibawa ke Hospital Cyberjaya dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Bedah siasat dijalankan pada jam 12 tengah hari bagi mengenal pasti punca kematian. Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan siasatan lanjut dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sepang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohamad Farizi Ramlee di talian 014-3145347.

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker