Exco Negeri Sembilan tiada kuasa gantung dua pegawai kanan – AGC
Jabatan Peguam Negara (AGC) menyatakan Exco Negeri Sembilan tidak mempunyai kuasa untuk menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri.
AGC berkata urusan pelantikan dan penggantungan kedua-dua jawatan itu berada di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam serta Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan mengikut Perkara 37 Perlembagaan Negeri Sembilan.
Kenyataan itu susulan keputusan Menteri Besar Datuk Ismail Lasim yang mengumumkan penggantungan Datuk Mohd Zafir Ibrahim dan Datuk Muzalmah Mustapha Kamal berkuat kuasa serta-merta.
Masri Razali akan menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri, manakala peguam Fahmi Adilah menjalankan tugas Penasihat Undang-Undang Negeri sehingga pelantikan baharu dibuat.




