Malaysia

Tanah runtuh di Pangsapuri Damai Perdana, penduduk dipindahkan

Penduduk berhampiran Blok A, Apartment Damai Perdana, Bandar Damai Perdana, Cheras, diarahkan mengosongkan kediaman pada malam semalam, selepas berlaku tanah runtuh berhampiran pangsapuri.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ashrul Riezal Asbar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.03 malam sebelum lima anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn tiba lapan minit kemudian.

Pemeriksaan mendapati tanah runtuh berlaku pada tebing setinggi 4.57 meter, dengan tanah menggelongsor kira-kira 0.91 meter.

Aliran air masih dikesan di kawasan itu dan kejadian dipercayai berpunca daripada kebocoran air bawah tanah.

Bagaimanapun, tiada pergerakan tanah lanjut dikesan setakat pemeriksaan dilakukan dan tiada mangsa atau kecederaan dilaporkan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker