Malaysia

Kerjasama PH-Bersatu sukar tandingi Umno-PAS, – penganalisis

Kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Bersatu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dijangka sukar menandingi gabungan Umno dan PAS sekiranya kedua-dua parti itu mencapai kesepakatan.

Penganalisis Universiti Tasmania, James Chin berkata, PH dan Bersatu dilihat semakin terdesak untuk bekerjasama selepas kekalahan besar Bersatu dalam PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos lalu.

Menurutnya, kerjasama PH-Bersatu bertujuan mengelakkan pertembungan tiga penjuru yang boleh memecahkan undi, khususnya dalam kalangan pengundi yang menolak Umno dan PAS.

Bagaimanapun, gabungan itu dijangka gagal menandingi Umno-PAS, kecuali di kawasan yang dikuasai DAP.

Namun, penganalisis Universiti Sains Malaysia, Ahmad Fauzi Abdul Hamid berpandangan Bersatu masih mampu membantu PH meraih undi Melayu-Islam, terutama di 10 kerusi yang dimenangi Barisan Nasional (BN) dengan majoriti tipis pada PRN Melaka 2021.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker