DuniaMalaysia

Myanmar sedia terima 4,000 lagi rakyatnya dari Malaysia

Myanmar bersedia menerima penghantaran pulang antara 3,000 hingga 4,000 lagi rakyatnya yang kini berada di depot tahanan imigresen Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dimaklumkan Presiden Myanmar, Min Aung Hlaing, dalam pertemuan dua hala di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, pada Khamis.

Bagaimanapun, proses penghantaran pulang itu tertakluk kepada pengesahan identiti, semakan rekod jenayah dan prosedur yang ditetapkan kedua-dua negara.

Anwar berkata, lebih 10,493 warga Myanmar telah dihantar pulang setakat ini melalui penerbangan dan kapal tentera laut.

Beliau turut menghargai kesediaan Myanmar menanggung kos penghantaran pulang rakyatnya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker