Malaysia

Pahang kekal dengan keputusan, solat Jumaat terus di masjid dan surau

Pahang menegaskan solat Jumaat di negeri itu akan terus dilaksanakan di masjid dan surau yang diberi kebenaran, susulan cadangan menyediakan kemudahan solat Jumaat di pusat beli-belah.

Mufti Pahang, Prof Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim berkata, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah mengambil maklum cadangan tersebut dan menitahkan supaya peranan masjid serta surau terus diperkasakan.

Menurut beliau dalam kenyataan pada Rabu, 8 Julai 2026, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) kekal sebagai pihak berkuasa yang menjaga pengurusan masjid dan surau di negeri itu.

Asmadi berkata, perancangan masjid sedia ada seperti Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Masjid Tepian Putra, Masjid Bandaraya dan Masjid Al-Shafie di Kota SAS mengambil kira keperluan jemaah. Solat Jumaat pula perlu memenuhi syarat termasuk sekurang-kurangnya 40 jemaah, dua khutbah dan dilaksanakan di lokasi yang ditetapkan mengikut mazhab Syafi’i.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker